Monday 16 May 2016

Gunung Irau 2016 Bersama Kelab Belia Eksplorasi Ilmu Darwisyh et Darwisyah

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah syukur selesai panjat gunung dengan jayanya. Alhamdulillah, gunung ketiga ditawan selepas Gunung Datuk pada 2012, Gunung Nuang pada Feb 2016, dan yang ketiga Gunung Irau pada 23 April 2016. Ini kali kedua aku hiking bersama Kelab Belia DD selepas Gunung Nuang tempoh hari. 

Sedikit info tentang Gunung Irau ini yang berada di Cameron Highland. 
Nama : Gunung Irau / Mossy Forest
Ketinggin  : 2110m / 6294 kaki
Tempat : Sempadan Perak & Pahang - Banjaran Titiwangsa
Lokasi : Brinchang, Cameron Highland 


Keistimewaan gunung ini:
- Gunung yang terkenal dengan kawasan yang berlumut. Ada orang kata macam dalam cerita Lord Of The Ring dan Hobbit.
- Suhu yang sejuk dari start pendakian sehingga ke puncak. Suhu sekitar 20-18 C


Aktiviti ini dianjurkan oleh team #riaDDah yang disertai oleh skuaDD seramai 24 orang termasuk seorang guide. Seramai 18 orang bergerak dari Kuala Lumpur, konvoi 1 biji Van dan 1 Avanza dan yang selebihnya dari Kelantan yang berjumpa di Brinchang. 

11 pm. 
Kami yang dari KL bergerak jam 11 pm dari Setiawangs, tapi baru 5 minit bergerak van tak boleh nak hidup. Tunggu punya tunggu, owner van datang settlekan dan kami tukar van lain. 

12 am 
Bergerak selepas dapat van baru dan sampai di Tapah jam 3 am. Laju woo abi drive. 

4 am 
Bergerak dari Tapah untuk ke Cameron tru Simpang Pulai. 
Aku tak boleh tidur sepanjang jalan sebab tak selesa dan tengok driver sekali takut salah jalan. 

6 am
Sampai di Brinchang berhenti di Petronas dan bersiap-siap solat, sarapan dan tukar kelengkapan semua. 

8 am
Kami semua bergerak ke pintu mossy forest. Jalan untuk ke Mossy Forest ni jalan yang sama ke Ladang Teh Boh Sg. Palas dan akan masuk ke simpang untuk ke Mossy Forest ni. Naik punya naik sekali van tak lepas naik, kami semua turun jalan kaki sambil stretching dan van pun tak boleh nak naik dah. Fikir-fikir dan van pun berhenti dekat selekoh yang luas sikit untuk parking.

Darwisyh et Darwisyah terbaik!



10 am
Pendakian bermula. Aku berpartnerkan kak syida yang gagah berdua berjalan, berhenti ,ambil gambar dan buat kepala sendiri. Aku punya takjub tengok lumut-lumut tu sampai banyak kali berhenti siap landing atas pokok yang ada lumut. Mulut tak berhenti ucap Subhanallah tengok kecantikan hutan tu. Memang best, kalah tilam dekat rumah.

Jom memanjat di Parak (Pahang+Perak)



periuk kera
kalau raya ni antara menu istimewa dirumahkuuuuu

1 pm
Jalan punya jalan sampai la ke Mini Irau atau puncak Irau tipu pukul 1 pm. Lama tu sebab kami kategori akhir juga sampai sebab banyak berhenti. Sampai mini Irau aku ajak kak syida gerak terus ke puncak Irau. Target 1 jam untuk sampai Puncak Irau.
Cantikkan mossy belakang tuuuuuu.

2.10 pm
Kami sampai puncak Irau. 10 minit lebih sebab berhenti ambik gambar. 10 langkah lagi untuk sampai puncak ada group lelaki yang dari mana ntah tolong count down untuk kami sebab dah penat sangat tunggu sampai puncak tapi tak sampai-sampai.

Mereka yang sampai ke puncak! Tahniah DD.



3 pm
Sejam sahaja duduk diatas puncak sebab target untuk sampai ke pintu masuk before 6 pm. Kami semua turun, tapi aku turun dekat last konon nak jadi sweeper.



4 pm
Sampai mini Irau, tapi ada yang injured, so aku tunggu sampai dan teruskan perjalanan. Tapi bila dah 1 jam jalan, aku dengan kak syida decided untuk jalan dulu tinggalkan sweeper yang betul bersama 3 orang yang group kami.
Lagi mossy yang membuka mata sepetku
5.30 pm
Aku berdua sahaja dengan kak syida decide untuk jalan selaju mungkin. Tiba-tiba ada sorang perempuan student sekolah Banting nak follow, dan kami bertiga jalan selaju mungkin. Rasa cuak dan takut sentiasa sebab hanya kami bertiga tanpa lelaki dan senjata. Hanya ikut trek yang ada kesan kasut dan ikut kata hati. Aku ternampak ada binatang melompat-lompat dari pokok pun aku dah rasa takut, tapi aku kena teruskan juga. Dik kerana ego kami berdua kami selamat tiba. Bila aku rasa takut, kak syida akan cakap benda yang datangkan balik keberanian. Bila kak syida pula bertanya betul atau tak jalan tu, aku pula cakap betul tanpa sedar.  

kak syida dan aliya sayang

7 pm
Kami bertiga sampai betul-betul dekat tangga kayu. Aku dengan pantas ambil wudhu dan solat jamak zohor dan asar dekat situ juga. Hari semakin gelap dan semakin menyeramkan.....
Habis solat ada 3 orang lagi student Banting sampai, dan terus jalan selaju mungkin untuk sampai sebelum hari makin gelap. Perasaan takut tu sentiasa penuh dalam hati tapi ku gagahi juga. 

7.30 pm
Sampai ke pintu masuk Mossy forest. YA Allah bersyukur, aku dan kak syida masing-masing terus sujud syukur sebab kami selamat tanpa sebarang masalah menimpa dan selamat bawa student tu keluar.


Gunung Irau memang cantik yg teramat sampai aku speechless dan hanya mampu puji Allah. Semua pokok, tanah, dipenuhi dengan lumut berwarna hijau buat rasa teruja nak ambil gambar disetiap sudut dan langkah. Tapi sayangnya trek dah banyak rosak sebab terlampau ramai panjat. Yela, semua orang rindukan alam, dan cara ini dapat mendekatkan diri dengan alam ciptaan Allah. Melihat sendiri kekuasaan Allah mencipta secantik cantik tempat yang tak puas mata melihat. Insha Allah ada rezeki nak panjat lagi!!!!!!

Masa jangkaan oleh guide starting point-anak irau 2 jam, anak irau- irau peak 1 jam. tapi masa turun lebih ambil masa yang sama macam pergi sebab hujan dan trek dari anak irau ke starting point memang mencabar!

Keperluan semasa hiking:
1) Air: 1.5 ltr per person. Aku bawak 1.5 ltr + 100 plus botol kecil tapi habis dalam 1 ltr je. Disebabkan cuaca sejuk, tak perlukan air yang banyak.
2) Windbreaker: Sebab kat puncak tu boleh tahan sejuk gak la. And boleh kalis air masa hujan sekali. Jimat. Aku beli brand Karriomor RM100++ dekat Sports Direct, Intermark.
3) Glove: Mudah untuk pegang akar, pokok untuk panjat.
4) Kasut Getah: Before ni tak confident nak pakai. tapi sebab tak tahan kaki kecut and sakit, aku pakai kasut getah gi menoreh tu, beli dekat Mr.Diy Sunway Putra Mall RM5 jeeeee.
5) Makanan: Aku tapau nasi lemak dekat Brinchang. Kudap-kudap aku bawak kacang almond, pisang sesisir, coklat, roti. Banyak sebab takut lapar. haha
6) Stick: Yang ni aku takdak dan kalau untuk trek mossy forest tak ada pun okay.
7) Wet Tissue: Kak syida bagi aku new knowledge. Senang untuk ke toilet. hiks.
8) Botol Spray: Ini pun kak syida punya idea. Mudah untuk spray ambil wudhu dan ke toilet juga bha.

My attire :)

Pakai jersi masa hiking


Selesai hiking, kami semua bergerak terus ke RnR Simpang Pulai untuk bersihkan badan dan bergerak balik KL. Sampai KL pukul 3 pagi agakanya. Kesian abi penat drive sorang-sorang.

Alhamdulillah for the great experienced. I still love to hiking and my wishlist is Kinabalu Mount one fine day :)


No comments:

Post a Comment