Tuesday 25 October 2016

Akhirnya!

Bismillahhirahmanirrahim.

Alhamdulillah, finally I've graduated from UniKL Business School for my Bachelor Business Admin in Islamic Finance. Dari September 2013 sehingga Mei 2016, aku berjaya tamatkan pelajaran dengan first class degree ditanganku! Dan aku pun dah settle konvokesyen. Alhamdulillah yeay! Tq mak, ayah, adik beradik especially adik, angah. we dit it! So meh sini kita tepek gambar pre convocation and convocation.


Photographer by Syafiq Shukri. (FB & IG)
Location Pre Convocation: Sekinchan, Selangor













Location Convocation: PICC, Putrajaya









Itu sahaja, till we meet again.



Pengalaman yang tidak boleh dibeli!

Bismillahhirrahmannirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, selesai sudah majlis konvokesyen yang ke 13 untuk Pelajar UniKL keseluruhannya. Aku turut sama dalam majlis tersebut pada hari ke 2 sesi ke 3 hari Ahad 23 Oktober yang lepas. Selepas 3 tahun berada di UniKL Business School dan mengambil jurusan BBA Islamic Finance, aku berjaya tamatkan degree aku dengan first class grade. Alhamdulillah ya ALLAH atas peluang dan rezeki yang kau berikan selama 3 tahun sebagai pelajar. Suka duka sebagai pelajar UBIS sentiasa berada dalam ingatan aku, sampai bila-bila terutamanya ibu jari kaki aku yang penah kena buang. Huhu. 

Hari ini hari kedua untuk aku bekerja didalam Syarikat Ana Muslim di Desa Melawati. Setelah menganggur selama 4 bulan, aku mendapat tawaran kerja yang tak pernah terfikir pun. Selama aku menganggur, pilihan bekerja diKL adalah pilihan yang terakhir, tapi Allah tahu apa yang terbaik untuk aku. 

Tapi aku ada cerita yang lebih bermakna untuk aku pahatkan dekat dalam blog ni. Selama hampir sebulan aku duduk di Puncak Alam sementara menunggu offer kerja, aku nekad untuk bekerja sebagai cleaner crew di Mashitah Readymaid Service. Bermula daripada 27 September sehinggalah 20 Oktober aku berjaya menguatkan semangat aku. Sesuatu yang bukan mudah untuk aku dan mungkin orang lain juga apabila seorang yang mempunyai degree bekerja sebagai maid. Tapi itulah pengalaman paling bermakna yang aku tak boleh beli dekat mana-manapun. 

Hari pertama aku bekerja sebagai maid, dengan keadaan tak sihat menyebabkan aku rasa nak berhenti serta merta, tapi sayang RM50 hari tu nanti burn kalau aku berhenti. So aku bagitau bos, nak cuti keesokannya. Lusa aku masuk semua dan terus kena buat rumah orang kaya besar sangat dekat Denai Alam, rumah puan Nani. Memang rumah yang paling aku tak suka buat sebab kena makesure toilet dia kering macam dekat hotel! Cleaning rumah dia 3 jam 30 minit, dan aku berjaya bersihkan toilet dia 1 jam 1 toilet. fuhhh.

Masa hari kedua aku bekerja tu lah aku terima panggilan dari Ana Muslim, tapi aku tak jawab sebab handphone aku letak dalam beg. Aku google then aku tahu la yang call tu Ana Muslim. nak dijadikan rezeki, aku dapat la interview dekat Ana Muslim 4 october. tapi aku tak boleh berhenti serta merta, kalau tak gaji burn. So aku bagitau dekat syarikat ni aku boleh mula 24 oktober. Aku ingat aku tak dapat kerja sini. lepas IV by director dengan anak dia, aku pun balik. Tapi kak robiah call balik sebab boss nak jumpa. So aku pun patah balik pergi office. Harapan tinggi untuk dapat kerja position as Sales Exective. Okay la tu pencapaian untuk diri aku kan.

Nak dijadikan cerita, 3 minggu lagi la aku kena bekerja sebagai maid untuk aku dapt gaji aku. Memang penat betul kerja maid ni. Balik kerja pukul 10pm aku dah kena masuk tidur. Walaupun penat tapi seronok sebab aku boleh tengok macam mana lifestyle orang kaya-kaya. Orang kaya-kaya je yang panggil daily maid ni. Rumah dorang, hari-hari aku akan terpesona. Kerja maid ni buat aku rasa kena jadi pembersih lebih bersih daripada yang biasa. Aku mula jadi orang yang rajin meyusun segala benda yang ada depan mata. Siap ada sesi bersihkan rumah datok bagai tau.

Ni la rumah datok dekat bukit jelutong


Selama 3 minggu aku kerja, aku dapat rasa susahnya nak carik duit rupanya. Peluang yang aku dapat ni, aku rasa bertuah sebab aku boleh belajar cara membersihkan rumah dengan lebih baik lagi. Setiap hari aku hitung bila la aku akan berhenti. Sebab kerja ni memang betul-betul memenatkan. Tup tup dah tinggal 3 hari je lagi sebelum aku berhenti. Dan tanpa aku duga boss buat farewell untuk aku dekat dominos pizza. Rezeki yang Allah bagi tu kadang memang tak terjangka. Walaupun hanya dapat makanan, tapi itulah rezeki yang Allah kata untuk kita. Siapa sangka, sepanjang jadi maid, aku dapat boss yang baik, yang supportive. Siap tolong dropkan resume dekat kawan dia. 

My team at Dominos

one of our customer, isteri kapten tauuu

contoh keje aku la ni


Hari terakhir aku sebagai maid pun aku dapat customer yang sangat baik, dekat desa subang. Siap dapat tips RM25 lagi. Rezeki aku, yang Allah balas untuk pagi tu sebab aku belanja staff nasi kerabu je. Siapa sangka kan. Pengalaman untuk diri kita, pengalaman yang kita sendiri kena lalui. Sepanjang perjalanan tu, kita akan hayati setiap detik, dan kita akan rasa lebih bersyukur sebab diberikan rezeki dan jalan hidup yang seperti ini. 

My team breakfast together dalam rumah boss


Cuma dalam hati aku ni masih berlum berhenti berdoa untuk diberikan pekerjaan yang lebih baik daripada pekerjaan hari ini. Doakan aku dapat kerja di bawah syarikat Travel More Pay Less. Aamiin.