Tuesday 15 March 2016

Niqab Yang Paling Selesa di Abad Ini

Assalamua'laikum w.b.t.

Alhamdulillah hari ni genap 3 tahun 3 bulan aku pakai niqab bermula dari 2 Safar 1434 bersamaan 15 Disember 2012. Tarikh yang memang sukar untuk aku lupakan. Sepanjang 3 tahun aku pakai niqab, macam-macam jenama niqab dah aku rasa. Dari yang murah hingga yang mahal. 

TAPI hanya ada sedikit sangat niqab kegemaran aku,

Dari awal pakai, memang keselesaan yang paling penting supaya tak rasa ianya satu kesukaran. Mula-mula aku pakai, niqab separuh dan material hanya guna koshibo yang aku beli dari sahabat poli aku. Bagi aku kainnya tak selesa untuk kita bernafas sebab tebal dan lagi 1 mungkin sebab hidung yang tak berapa mancung, jadi susah untuk bernafas. Masa mula-mula pakai, tak ramai lagi sahabat yang aku boleh rujuk untuk bertanya mengenai purdah AKA niqab. Kebetulan seminggu lepas pakai purdah, aku join kem niqab girl Penang yang menghimpunkan ramai sahabat baru yang sudah lama pakai purdah. Dari situ aku tengok purdah yang mereka pakai. 

Pada permulaan aku pakai purdah, hanya ada 2 helai sahaja. Bila balik rumah aku kena dengan pantasnya membasuh supaya cepat kering dan boleh dipakai semula. Selepas beberapa ketika, aku mula search FB untuk cari orang yang jual niqab. Masa tu aku jumpa Pondok Niqab As-Sunnah, dan itulah kali kedua aku membeli niqab. Tapi aku punya hidung melecet sebab material chiffon yang dia guna (acah-acah kulit baby). 

ATINA CHAN

Ya, itulah lah niqab Yaman yang paling selesa aku pernah pakai. Niqab jenama ATINA CHAN ialah material yang paling selesa untuk aku dan sangat breatheable. Niqab Yaman yang aku pakai tu jenama "Atina Chan" yang famous dikalangan mereka berpurdah. Aku suka niqab dia kerana jahitannya yang kemas, selesa, cantik dan puas hati walaupun harganya mahal daripada niqab yaman lain yang ada dipasaran. 

Aku dan Niqab Yaman berpisah tiada sebab itu yang paling selesa bagi aku pada bahagian mata, ikatan, material dia. Bawah mata takkan rasa sakit nak melecet dan hidung aku pun sama. Kalau panas jalan kaki pergi kelas pun still aku selesa walaupun fully hitam. Berpeluh pun masih ok, bernafas pun tak rasa macam sempit. 



RUUHUL HUBBI COLLECTION

Niqab kedua yang selesa dekat aku untuk aku pakai shawl iaitu niqab separuh dari Ruuhul Hubbi Collection. Boleh search dekat FB page, untuk tengok koleksi niqab dia. Tapi niqab half dia memang paling selesa aku pernah pakai untuk 3 tahun ini. Kalau untuk hadir occasion atau apa-apa jemputan dan taknak fully black, aku akan pakai niqab half. Material niqab yang dia jual memang selesa dan tipis tapi tidak jarang sebab ada 3 lapis. Selesa plus murah kalau nak dibanding dengan niqab Yaman. Tak sampai RM15 pun sehelai niqab separuh dia jual. Kalau pakai niqab ni, aku memang mementingkan faktor breathable sebab rasa macam sesak nafas kalau pakai yang sempit. SO memang niqab RHC terbaik. Sayangnya aku hanya beli sehelai dan sedihnya sekarang memang susah nak buat order dekat dia sebab dia memang jarang buka untuk jualan. 


Niqab RHC


Niqab Yaman 3 Layer

Last but not least, niqab yaman 3 layer yang cantik sangat-sangat dan amat selesa. Aku beli dari sahabat aku di Kedah RM50. Aku suka 3 layer Yaman sebab dia tak berat untuk kepala aku pakai. Kalau pakai chiffon dari Malaysia mesti aku rasa letih dan sakit kepala sebab layer belakang yang berat tuuuu. Material depan muka sama macam niqab Yaman biasa, belakang je yang lain, iaitu material chiffon yang sangat-sangat-sangat lembut dan ringan okay. 

contoh layer belakang untuk niqab 3 layer dari Yaman

NIQAB QIBTIYYAH EXCLUSIVE

2016 ni pula masa untuk menjejaki niqab buatan Malaysia yang setanding dengan middle east. Aku baca review tentang Niqab Qibtiyyah Exclusive, aku rasa dia ni yang boleh replace niqab yaman dari segi quality. Baru je bertapak tapi dah sampai ke oversea. Memang impress aku sangat-sangat sebab testimonial dia semua kata memang selesa dan owner dia sendiri kata mula-mula nak launch niqab, 7 kali QC tau. so memang padan la dengan keselesaan yang dia berikan. Sampai aku jadi agent dia cuma belum mampu grab customer sebab aku tak reti handle business lagi. Kalau ada yang berminat boleh la contact me at 0127430548 (whatsapp only)

Niqab Qibtiyyah Exclusive 1 layer

Terima kasih kerana membaca entry ini!

Thursday 10 March 2016

Cameron Highlands 2016 with #supergirls

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Masih segar dalam kepala aku ni about my latest and a very very short vacation dengan degree bestfriend ke Cameron Highland. Actually this is my second time pergi Cameron and second time #supergirls trip. 4 tahun lepas aku dah gi jugak tapi day trip. 

Kami plan pergi 2 hari 1 malam sebab masing-masing sibuk dengan internship. Plan 2 minggu before tapi sempat jugak la buat preparation memandangkan aku ni tak suka bila berjalan main redah je. Nanti mesti ada tempat yang tak pergi dan kelam kabut. 

Kalau nak bercuti, aku suka prepare itinerary supaya dah ada susunan aktiviti dan masa ikut tempat dan jarak. Contoh itinerary yang aku buat very simple as below:

Itinerary Cameron Highland

Sabtu (5/3/2016)
2.00 am – bergerak ke TBS
2.30 am – Journey begin. Wow…
6.00 am – sampai ipoh
10.00 pm – Gerak ke Cameron
11.30 pm – lunch at bas station jeee
1.30 pm – check in hotel, rest
2.30 pm – Lavender Garden
4.00 pm – taman agro al mashoor, taman sedia
4.30 pm – Bharat tea plantation
6.00 pm – the lakehouse pleaseee
8.00 pm - pasar malam Brinchang

Ahad (6/3/2016)
7.30 – rose valley
8.30 am – teh boh plantation & breakfast
10.00 am – pluck strawberry
11.00 am – kea farm
12.00 pm – check out hotel & lunch
1.30 pm – tasik cermin, ipoh
4.00 pm – gerak ke amanjaya
5.00 pm – gerak pulang ke keyel


Walaubagaimanapun, itinerary tu hanya plan. Ikut masa sebenar, kami bergerak dari Ipoh 11.00 am disebabkan lewat dapat kereta sewa. Tapi kami masih sempat catch up itinerary. Cuma hari last tu kami tak sempat nak pergi jalan-jalan Ipoh sebab masa tak cukup.

Kami naik bas dari TBS - Terminal Amanjaya Ipoh, naik kereta dari Ipoh - Cameron Highland. Kos untuk bas RM46.20 return. 

Kami sewa kereta viva dari Armada Hijrah dan servis yang diberi sangat tiptop, diskaun banyak dan ada servis hantar dan ambik kami dari Terminal Amanjaya. kos kereta 1 hari RM100 (diskaun RM10) & campur 5 jam masa tambahan. tapi disebabkan aten kata minyak viva ada 2 bar, so brother tu kira 3 jam = RM27 sahaja. 
Minyak kereta kami dari Ipoh - Cameron - Ipoh RM30 sahaja.

Kami bergerak dari Ipoh pukul 11am. Agak lambat dari plan yang asal. kalau cepat merasa la kami semua pergi ke Kellie Castle. Tapi niat tu hancur disebabkan kelewatan penyewa kereta. Kami redha. 



#SuperGirlsXCameronHighlands


Di Cameron kami tidur di Hong Kong Hotel, Brinchang. Harga hotel RM231 tak silap sebab yang ni kak ina tolong book kan. Overall hotel ni aku bagi 8/10. Hotel yang bersih, hadap main road, cantik, selesa. Yang tak best pasal hotel ni plug dalam bilik 4 orang hanya ada 2 sahaja. *mana cukup, masing2 nak caj HP, power bank etc bla bla bla...

Sebelum sampai hotel di Brinchang, kami decide untuk terus stop dekat Lavender Garden disebabkan kami lalu garden tu sebelum sampai ke Brinchang. Kami tiba Lavender Garden pukul 12.30pm. Dulu masa pembukaan garden ni baru RM5, sekarang aku masuk RM8 dah. tapi demi pokok bunga aku redahi jua. 


Pelbagai jenis lavender yang datang dari negara yang berbeza.

Baru ku tahuuu. setiap negara berbeza jenis pokoknya tapi bunganya sama warna.



daku bersama bunga-bunga.
Lavender Garden ni bukan bunga lavender semata ye. Ada bunga daisy, bunga lalang, strawberry and many more. 

Aiskrim Lavender yang famous tu. Kalau datang rugi tak rasa walaupun rasanya takla boom sangat.

Letih meronda dalam garden tu kami decide untuk balik check in tapi nak makan dulu sebab aku tak breakfast beriya macam dorang. Kami makan dekat kedai ikan bakar area Brinchang belakang hotel kami. kalau lapar boleh la makan kat situ. Kalau jenis tekak memilih abaikan je la hasrat tu. 

Habis makan terus jalan kaki nak check in. Sampai hotel pukul 3pm dan plan untuk keluar pukul 4pm. Tapi biasa la perempuan. drag 30 minit. Hotel dia tanpa aircond pun aku menggigil sejuk. 

Contoh bilik yang aku check in. Bilik aku sendiri tak sempat snap sebab excited dan penat.
sumber al-google

Seperti yang dirancang, 4.30pm kami ready untuk meneroka Cameron. Misi untuk mencari scone di Taman Sedia, Taman Agro Al-mashoor. Rupanya taman Agro ini berdekatan dengan Strawberry Abang yang famous dengan sambal strawberry tu. Taman ni biasa sahaja tapi ia milik Muslim.

Pokok bunga yang tak tahu namanya

Taman Agro al-Mashoor 

Scone sedap dan murah. RM3 sahaja 1 set scone. 

Selesai hajat mendapatkan scone, kami meneruskan perjalanan ke Bharat Tea Plantation. Bharat Tea Plantation ni sama macam Teh Boh Sg Palas, iaitu ladang teh yang luas tapi ia di jalan utama dari Tapah ke Tanah Rata. Tengah seronok seronok tiba-tiba dorang ni perasan ada satu kereta duk perhati kami nonstop. Hampir batalkan hasrat nak pergi Bharat Tea. Kereta suspek dah la sama macam kereta bapak aku. Haishhh.




bila gambar ku diambil, blurrrrrrr.

gemok ketot keteot 

Air terjun di Bharat Tea Plantation
Beg playnomore dari Stlysta
Four of us #tilljannah

Penat selfie, lompat, lari, ketawa kami pun balik. Ingat nak gi tengok lakehouse sebab english building tapi semua handphone dah habis beteri, so kami pun pulang. Get ready nak gi pasar malam pula. Pasar malam takde la jauh mana, dan makanannya takde la sedap mana. Kami beli lily & sayur air goreng tepung, dan seafood goreng tepung. Nak makan strawberry, tapi mahal dan tak berbaloi kalau beli. Tahan je la nafsu sampai esok. 

Dah kenyang makan, semua kena tidur awal especially aku sebab letih weh drive 1 hari. Esoknya nak sambung aktiviti lain pulak. 

Pukul 7.30am kami keluar untuk pergi breakfast. Brinchang ni tempat yang penduduknya ramai cina, so kami kena turun ke Tanah Rata untuk breakfast makanan Melayu. Kami breakfast dekat betul-betul pekan Tanah Rata. Ada la 2,3 kedai yang buka.

Habis makan terus start enjin racing pergi ke Ladang Teh Boh Sg Palas. Kami sampai Sg Palas dalam pukul 9.30. Aku ingat merasa la kami duduk dekat cafe Boh sambil cuci mata tengok pemandangan. Sekali takda tempat kosong. Asyik berebut je. So kami tak la makan dekat situ. Sebab nak kejar pergi tempat lain pula. Puas aku ambik gambar kat situ, kami turun ke car park dan balik ke Brinchang. 

MashaAllah tenang jiwa

Biasala bila gambar kita akan nampak gemuk, pendek and many moreee
Potrait #SuperGirlsXCameronHighlands
BOH' Tea Centre Sungei Palas
Dekat Ladang Teh Boh ni ada kilang yang memproses teh. Tapi kami tak gi sebab habiskan masa dengan melihat view pokok teh yang mendamaikan. how I wish I can built a home here. 

Habis bergambar kami terus balik hotel untuk check out. Dengan pantasnya aku bersama mereka naik kereta selepas check out sebab jam dah pukul 12pm. Kak Ina nak sangat pergi Big Red Strawberry, so kami pergi. Kami naik atas tu untuk makan sebab masa dah suntuk. Tak sempat meround-round sekeliling taman dalam Big Red tu. 
Waffle, Cheese strawberry cake, French fries, strawberry juice, strawberry yogurt, salad. 


Bila ada rumah sendiri nanti, nak tanam pokok bunga banyak banyak.

Selesai makan-makan dekat Big Red Strawberry, kami terus memecut ke KEA Farm. Tapi masha Allah jammed teruk dari Brinchang. Tengah duduk dalam jammed ni, ada plak yang potong que, lagi sakit jiwa. Rasa mengantuk bertandang, aku nyanyi dengan aten tanpa henti. Asalkan tak tertidur sebab takda second driver.

Berhenti KEA Farm, aku borong strawberry 3 bekas RM18 sebab aku share dengan dorang beli 2 tray. 1 tray RM30 dapat 5 bekas besar. Untung sangat-sangat okay. Habis shopping dah pukul 2.30. Tak sempat pergi rose Valley area KEA Farm. Kami terus bergerak turun dari Cameron memandangkan bas ke KL pukul 5pm. 

Total hangus duit aku termasuk shopping ialah RM250. 


Maka, berakhirlah bahagia bercuti tanpa fikirkan kerja.

Thanks for your time to read this entry!







Sunday 6 March 2016

Greetings from Me!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, diberi kekuatan untuk mula berblog semula setelah 3 tahun. Ilham untuk aku berblog semula datang apabila aku semakin rajin melakukan aktiviti luar dan selalu membaca blog orang. Aku terasa ingin berkongsi apa yang aku lakukan dan apa yang aku tahu. 

Disebabkan aku pun tak mahu melupakan moment untuk setiap aktiviti yang aku lakukan, so disinilah tempat yang paling sesuai untuk aku semadikan kenangan manis + pahit = cabaran hidup. 

Semoga dengan adanya blog ini aku dapat meninggalkan kenangan untuk diri ku dan dapat memberi manfaat kepada orang lain.