Tuesday 15 March 2016

Niqab Yang Paling Selesa di Abad Ini

Assalamua'laikum w.b.t.

Alhamdulillah hari ni genap 3 tahun 3 bulan aku pakai niqab bermula dari 2 Safar 1434 bersamaan 15 Disember 2012. Tarikh yang memang sukar untuk aku lupakan. Sepanjang 3 tahun aku pakai niqab, macam-macam jenama niqab dah aku rasa. Dari yang murah hingga yang mahal. 

TAPI hanya ada sedikit sangat niqab kegemaran aku,

Dari awal pakai, memang keselesaan yang paling penting supaya tak rasa ianya satu kesukaran. Mula-mula aku pakai, niqab separuh dan material hanya guna koshibo yang aku beli dari sahabat poli aku. Bagi aku kainnya tak selesa untuk kita bernafas sebab tebal dan lagi 1 mungkin sebab hidung yang tak berapa mancung, jadi susah untuk bernafas. Masa mula-mula pakai, tak ramai lagi sahabat yang aku boleh rujuk untuk bertanya mengenai purdah AKA niqab. Kebetulan seminggu lepas pakai purdah, aku join kem niqab girl Penang yang menghimpunkan ramai sahabat baru yang sudah lama pakai purdah. Dari situ aku tengok purdah yang mereka pakai. 

Pada permulaan aku pakai purdah, hanya ada 2 helai sahaja. Bila balik rumah aku kena dengan pantasnya membasuh supaya cepat kering dan boleh dipakai semula. Selepas beberapa ketika, aku mula search FB untuk cari orang yang jual niqab. Masa tu aku jumpa Pondok Niqab As-Sunnah, dan itulah kali kedua aku membeli niqab. Tapi aku punya hidung melecet sebab material chiffon yang dia guna (acah-acah kulit baby). 

ATINA CHAN

Ya, itulah lah niqab Yaman yang paling selesa aku pernah pakai. Niqab jenama ATINA CHAN ialah material yang paling selesa untuk aku dan sangat breatheable. Niqab Yaman yang aku pakai tu jenama "Atina Chan" yang famous dikalangan mereka berpurdah. Aku suka niqab dia kerana jahitannya yang kemas, selesa, cantik dan puas hati walaupun harganya mahal daripada niqab yaman lain yang ada dipasaran. 

Aku dan Niqab Yaman berpisah tiada sebab itu yang paling selesa bagi aku pada bahagian mata, ikatan, material dia. Bawah mata takkan rasa sakit nak melecet dan hidung aku pun sama. Kalau panas jalan kaki pergi kelas pun still aku selesa walaupun fully hitam. Berpeluh pun masih ok, bernafas pun tak rasa macam sempit. 



RUUHUL HUBBI COLLECTION

Niqab kedua yang selesa dekat aku untuk aku pakai shawl iaitu niqab separuh dari Ruuhul Hubbi Collection. Boleh search dekat FB page, untuk tengok koleksi niqab dia. Tapi niqab half dia memang paling selesa aku pernah pakai untuk 3 tahun ini. Kalau untuk hadir occasion atau apa-apa jemputan dan taknak fully black, aku akan pakai niqab half. Material niqab yang dia jual memang selesa dan tipis tapi tidak jarang sebab ada 3 lapis. Selesa plus murah kalau nak dibanding dengan niqab Yaman. Tak sampai RM15 pun sehelai niqab separuh dia jual. Kalau pakai niqab ni, aku memang mementingkan faktor breathable sebab rasa macam sesak nafas kalau pakai yang sempit. SO memang niqab RHC terbaik. Sayangnya aku hanya beli sehelai dan sedihnya sekarang memang susah nak buat order dekat dia sebab dia memang jarang buka untuk jualan. 


Niqab RHC


Niqab Yaman 3 Layer

Last but not least, niqab yaman 3 layer yang cantik sangat-sangat dan amat selesa. Aku beli dari sahabat aku di Kedah RM50. Aku suka 3 layer Yaman sebab dia tak berat untuk kepala aku pakai. Kalau pakai chiffon dari Malaysia mesti aku rasa letih dan sakit kepala sebab layer belakang yang berat tuuuu. Material depan muka sama macam niqab Yaman biasa, belakang je yang lain, iaitu material chiffon yang sangat-sangat-sangat lembut dan ringan okay. 

contoh layer belakang untuk niqab 3 layer dari Yaman

NIQAB QIBTIYYAH EXCLUSIVE

2016 ni pula masa untuk menjejaki niqab buatan Malaysia yang setanding dengan middle east. Aku baca review tentang Niqab Qibtiyyah Exclusive, aku rasa dia ni yang boleh replace niqab yaman dari segi quality. Baru je bertapak tapi dah sampai ke oversea. Memang impress aku sangat-sangat sebab testimonial dia semua kata memang selesa dan owner dia sendiri kata mula-mula nak launch niqab, 7 kali QC tau. so memang padan la dengan keselesaan yang dia berikan. Sampai aku jadi agent dia cuma belum mampu grab customer sebab aku tak reti handle business lagi. Kalau ada yang berminat boleh la contact me at 0127430548 (whatsapp only)

Niqab Qibtiyyah Exclusive 1 layer

Terima kasih kerana membaca entry ini!

No comments:

Post a Comment