Wednesday 18 May 2016

Latihan kecergasan sebelum memanjat gunung / Exercise before hiking

Assalamualaikum w.b.t.

Exercise awal sangat-sangat perlu bagi mereka yang nak panjat gunung dan first time naik terutamanya. Ia penting untuk ketahanan fizikal sepanjang mendaki. Aku sendiri rasa berbeza stamina masa hiking Nuang dan Irau. Nuang aku exercise main-main dan Irau aku maintain exercise setiap hari. Walaupun aku baru naik 3 gunung, tapi aku nak share jugak tips apa yang aku buat untuk boost stamina. Kalau tak exercise before pergi hiking, merana la diri nak sampai ke puncak. Paling mencabar adalah Gunung Nuang. Memang patut pun orang berlatih naik Kinabalu ikut situ. 

Latihan untuk stamina yang aku buat:

1) Setiap petang WAJIB jogging. Aku buat 2 minggu before panjat. Kalau ikut jogging tu kena setiap petang untuk kekalkan stamina. Tapi kemalasan tu lagi tinggi. Port paling best jogging ialah di KLCC Park. Jalan kaki dari office setiap petang then buat 3 round x 1.3km trek kat situ. 


2) Naik tangga LRT yang tinggi macam dekat Ampang Park & Kg. Baru. Biasanya dalam 5 kali turun naik. Memang awesome la kaki malam-malam bergetar kepala lutut. Haha. 


3) Swimming dalam 1 jam. Selamat ada swimming pool. So dapat la manfaatkan hujung minggu dengan berenang-renang itik. Sambil berlatih tahan nafas kan. 


4) Kayuh basikal 1 jam. Ini pun aktiviti hujung minggu aku dekat tasik titiwangsa, Beriadah sewa basikal dekat situ. dapat 2 round tasik titiwangsa kalau 1 jam. Peh letih dia jangan cakap la. 


Fitness workout dekat rumah:

3 sets untuk setiap jenis workout
Squats (15)




Step ups front (40)

Step ups side Left and right (40)


Step downs (40)


Push Ups (10)


Crunches (50)

Plank (60 seconds)

Mountain climbers (50)


Seminggu pertama memang akan rasa sakit dekat semua otot terlibat contohnya peha. Memang semua exercise yang dibuat banyak melibatkan kaki dan ia adalah salah satu cara untuk menguatkan otot kaki. Tapi percayalah, kalau minggu pertama sakit, nanti masa turun gunung tak menggeletar kepala lutut. Silap-silap boleh lari je masa naik turun tu sebab stamina & kaki kuat. 


No comments:

Post a Comment